Cinta Online

| |

Aku mencapai laptop kesayangku, dah hampir 4 tahun kau berhidup dengan aku. Kaulah pengubat saat sunyi aku. Menemani aku dengan simpanan cerita yang pelbagai. Penghibur harianku. Aku membukanya perlahan. Laman facebook pertama yang aku terjah. Al-maklum la laman yahoo messenger aku dah hampir setahun tidak aktif, bukan bermakna aku tak aktif ‘ym’ tapi bila guna laptop laman lain je yang aku terjah. Hampir setahun aku lenyap dari dunia chatting. Rindu dengan kekawan chatting yang menghiburkan hati. Aku mula menaip pantas. Jari-jemariku menari pantas di keyboard laptopku. Setiap hari pasti ada komen-komen dari teman. Tak lepas pandang juga komen dari kakak dan adikku yang juga ratu online. Jelaslah bukan aku seorang sahaja yang ratu online. ‘minah’ dua orang tu pun apa kurangnya. Walau sibuk macam manapun kami akan sentiasa melapangkan diri untuk membuka facebook. Kalau dulu aku selalu online tagged sekarang facebook pula. Sememangnya pentas global ni mengasyikkan dan menghanyutkan…
Hari ini aku bertemu semula teman onlineku. Lama tak ber’chat dengannya. Belum sempat aku menegur di ruangan chatting dia duluan yang menyapa. Dengan pantas aku membalas mesej-mesejnya. Memang mulanya hanya mesej biasa. Bertanya khabar dan bertukar berita. Tapi tetiba dia membuka topic yang aku rasa agak sensitive. Bukan sensitive manapun Cuma dia mengungkapkan kata sayang pada aku. Awalnya aku anggap ianya sekadar gurauan. Sebab aku amat mengenali sikapnya yang suka bergurau. Aku sekadar membalas dengan icon-icon yang comel diruangan chat ‘fb’. Dia membalas lagi. Seakan mendesak. Ingin mengetahui sama ada aku menyukainya atau tidak. Tetiba aku jadi ‘blur’. Memang aku suka berkawan dengan dia tapi tak bermakna aku ‘sukakan’ dia. Dia menyatakan mula mengungkit kembali perkenalan awal dulu. Dia menyatakan bahawa dia mula menyukai aku waktu itu. Benarkah? Aku sendiri keliru. Lama aku mendiamkan diri. Dan akhirnya aku tamatkan perbualan.


2 hari berlalu, aku hanya memerhatikan ucapan salam darinya diruangan chat. Tiada sebarang balasan aku titipkan. Aku masih terbayang-bayang betapa peritnya hati aku dimainkan. Kini teman yang selalu membuatkan aku tersenyum, ketawa meluahkan rasa yang membuatkan aku bisu seribu bahasa.


# Dah lama saya sukakan awak, sejak pertama kali kita kenal. Biarpun hanya suara awak sahaja yang saya dengar.
Aku membalasnya…


# Kawan lebih baik. Kita hanya boleh berkawan.
Ruangan ‘chat’ sunyi. Tiada balasan darinya. Beberapa minit kemudian dia kembali menaip..


#Tiada yang mustahil awak. Saya nak hubungan yang istimewa dengan awak. Atau awak tak pernah sukakan saya?
Dia suka lontarkan soalan yang tak relevan bagi aku. Masakkan aku tak menyukai dia. Aku suka berkawan dengan dia, dan aku tak mahu kehilangan dia. Apakah aku harus menerima cinta dia? Atau terus hilangkan diri..’dari dunia ‘chatting’.


Aku rasa hampa bila melihat dia tiada online lagi. Hampir seminggu dia menyepi. Apakah dia sekadar bergurau dengan ucapannya dulu. Atau dia sibuk dengan tugasan. Namun bila aku mahu melabuhkan tirai chatku dia menyapaku. Aku lantas tersenyum girang. Entah kenapa aku rasa gembira bila dapat berbual dengannya. Apakah erti semua ni?? Lama kami berbual. Lama-kelamaan aku menerimanya sebagai suri hatiku kini. Dia seakan terkejut dengan persetujuan aku. Aku yakin dengan ucapannya. Dan aku yakin dengan hati aku. Aku memang menyukainya. Dan itu sebab utama kenapa aku menerimanya dalam hidup aku kini.
Setiap hari kami menhabiskan masa berbual di ruangan chat. Tapi yang aku pelik kenapa dia tak pernah meneleponku. Aku masih ingat lagi kekasih aku yang dulu tak putus-putus meneleponku setiap hari. Tak kira petang atau malam. Tapi dia ni lain. Tak macam lelaki lain. Yang pasti aku suka lelaki yang kurang menghabiskan wangnya sebelum ada apa-apa ikatan dengan aku. Dan dia juga sudah sedia maklum. Mungkin kerana itu dia tidak mahu menghubungiku.


Aku tersenyum apabila dia meminta mempamerkan statusku dengannya di profileku. Terasa macam kebudak-budakan. Aku pun lantas menerima permintaannya itu.


Aku menutup laptop kesayanganku. Aku menemani kawan-kawanku membeli belah di pekan berdekatan. Aku rasa ‘happy’ seharian. Bahagianya aku rasakan. Biarpun kami masih baru tapi aku amat gembira sekali. Hati aku berbunga-bunga. Perasaan aku berbeza. Tidak seperti pertama kali aku bercinta dahulu. Aku sendiri pelik.


Malam itu dia mengajak aku untuk berjumpa, namun aku tolak kerana sudah terlalu lewat untuk keluar. Jam hampir 10.30p.m. dia masih mengajakku. Akhirnya aku memutuskan untuk bertemunya keesokan hari. Dia berjanji akan menemui aku ‘time’ lunch. Tapi nampaknya dia mungkir janji. Dia kata dia tertidur. Kelewatan bangun katanya. Al-maklumlah hari cuti. Aku ingatkan aku yang terlewat. Rupanya dia langsung tak datang.
Keesokkan harinya kami terserempak di kedai makan. kami langsung tidak berbual, sekadar tersenyum sahaja. Kami beredar menuju ke destinasi masing-masing. Aku rasa pelik kenapa dia tak seramah diruangan chatting. Diluar dia nampak lebih serius. Sehinggakan aku takut untuk berbual. Tapi aku pelik melihat temannya yang disebelahnya. Tersenyum, tapi seperti ada maksud lain. Mungkin dia terasa lawak melihat kami yang hanya tersenyum sahaja tanpa berbual.


Pulang sahaja ke bilik aku mencapai laptop kesayanganku. Kelihatan dia tiada online. Selalunya dia akan muncul diwaktu ini, namun aku hampa. Aku hanya meninggalkan mesej. Ucapan maaf atas kesepian waktu pertemuan sebentar tadi.


Beberapa hari ruangan chattingku sepi. Tiada si dia menemani. Aku tertanya-tanya mengapa dia menyepi..
Tidak lama kemudian aku mendapat mesej dari seseorang yang aku yakin dari teman rapatnya.


# Salam. Maaf ganggu. Cuma nak sampaikan sesuatu. Janganlah terlalu serius dengan Zul. Dia sekadar main je. Lagipun dia dah ada kekasih. Dah hampir 5 tahun dia orang ‘couple’. So, anggap je kekawan bergurau ya...hehehe
Aku terkedu dengan mesej itu. ‘GURAU??’ dia jadikan aku tempat dia nak bergurau? Sememangnya kau terkejut dengan mesej tersebut. Bukankah Zul sendiri sudah yakinkan aku yang dia telah single sekarang. Aku jadi berang. Sakit Hati. Pantas sahaja aku mematikan laptopku. Sakitnya hati bukan kepalang. Memang aku tak sangka dia sanggup buat gurauan begini. Bergurau dengan perasaan aku. Apakah dia ingat aku tiada hati dan perasaan?


Sejak itu aku sepi. Mendiamkan diri. Dia juga terus menghilang. Sungguh mudah dia memutuskan ikatan. Dan mudah sungguh dia mematahkan hati aku. Seharian aku menangis tanpa berair mata. Tangisan yang aku sahaja ketahui.


Baru aku sedar bahawa dunia maya takkan sama dengan dunia realiti. Semuanya hiburan semata. Dan pertemuan antara aku dengannya hanya suatu drama pendek yang terlalu mudah dilupai oleh penontonnya.


Luka ditangan boleh diubati,
Luka dihati tiada ubatnya,
Mengapa aku terasa hati,
Dengan insan dengan gurauannya?

Sungguh indah ucapan cinta,
Bisa memukau hati yang keras,
Lukanya hati seorang pecinta,
Kerna gurauan yg dipentas.

0 comments:

Post a Comment